Posts

Showing posts from December, 2014

Dunia baharu

Pabila aku menyelak Tirai kamar Apa yang Aku saksi Hanya dusta Hanya luka Hanya hiba Adakah ini dunia baharu Bagi aku Dan juga kamu

Aku Bukan

Aku bukan doktor Bisa merawat perih derita kau Aku bukan guru Untuk ajar kau ilmu kehidupan Aku bukan seniman Bisa membuat kau terpukau Dengan puisi jalanan Aku juga bukan Tuhan Untuk menetapkan diri kau Aku hanya manusia yang juga menagih sama seperti engkau

TUHAN

Aku selalu meminta pada tuhan Aku sering merintih nama tuhan Aku selalu ingin permintaan ku di makbulkan Ya, aku pentingkan diri Ya , aku hambaMu yang tiada segan silu untuk meminta itu dan ini Ya , aku memang hambaMu yang sering alpa akan tugasku Hampir segala pemintaan ku engkau makbulkan Hampir setiap mahu ku Engkau ikutkan Tapi apakah sekujur tubuh ini beri kepadaMu ? Setiap malam Engkau beriku tidur yang nyenyak Setiap detik kau menjaga ku daripada di henyak Pernahkah aku kaitkan ucapan Terima Kasih terhadap Mu Tuhan? Tuhan aku mohon padamu buat kali kesejutanya Engkau berilah secebis keinsafan kepada diri aku Supaya aku terusan menjadi hambaMu Yang paling beruntung. Amin.

Lawan

Melangkah terus kehadapan Tinggalkan segala titik hitam Coretan demi coretan Akhirnya dia kenal erti semalam Habis semua kesakitan ditelan Untuk dijadikan tongkat ketabahan Kini dia sedar Yang dia perlu bangkit lawan

Engkau

Jasad terkujur Hati beku Aku rindu Aku mahu Aku tahu Kau pergi Undang sepi Ye Aku rindu , aku mahu Sama yang Namanya engkau