Bila setiap hari
Kau berjalan di atas kaca
Bila setiap waktu
Kau berbaring beralaskan duri
Bila setiap saat
Kau bernafas asap pedih
Lama-lama
Kau dah biasa
Kering dah Hati kau
Tahun ini-- tahun yang seperti selalu. dosa yang sama aku ulang bertalu, makanan sama yang aku hadam seperti dulu, dan-- orang itu juga yang aku cinta tidak terluputkan dari dulu. Biarkan tahun ini seperti tahun berlalu, Biarkan senyum bertaring itu yang akan aku tatap selalu. Cinta tunggu-- jangan usir aku dulu, kerna aku masih rindu.
Mata merahnya itu-- kuyu. Ingin saja aku kucup bagi sisakan rona merah itu-- Biarkanlah aku merantai kata ampun pada jiwanya,-- kerana punca luka, remuk jiwa itu adalah aku. Sungguh tiada terdusta-- ku harap engkau percaya yang aku masih cinta.
malam menunjukkan bintang dan bulan terang , seperti lampu-lampu di kota jepang. hingar orang-orang seperti tiada garis antara tidur dan sedar. mungkin orang-orang itu mencari hiburan dan kesenangan, atau mencari rasa sayang yang dibayar wang. bagi aku, aku hanya mahu cepat pulang, kerana kamu adalah kota untuk aku.
Comments
Post a Comment