03:13

Adakah aku bisa mengarang lagi ?.
Adakah aku dibenarkan bernukilan lagi?.
Adakah aku masih diizin Tuhan untuk
persembahkan kata-kata lagi?.

Aku pinta , agar aku terus diizinkan.
Aku pohon , agar sentiasa dibenarkan.

Bukan aku mahu disembah kerana kata .
Bukan aku mahu dijulang kerana bahasa.
Jauh pula aku mahu disebut kerana usaha .

Aku hanya mahu menjadi
Seorang penyajak hamba.
Hamba kepada jiwa.
Jiwa kepada gila.

Comments

Popular posts from this blog

kota

Teruskan

Untuk Kamu.