Bonda , Ayahanda

Aku teliti raut wajah itu ,
wajah perempuan
yang pernah menumpangkan
rahimnya untuk aku.
aku pandang wajah sungul itu,
wajah lelaki
yang pernah senyum
gembira memeluk jasad kecil aku.
sungguh aku terlalu ingin
mengucup dahi mereka,
merangkul mereka.
sungguh aku berkehendak
memegang jiwa mereka
membelai hati usang mereka.
Bonda , ayahanda--
maafkan anakanda mu
yang selalu mengherdik
sehingga terlupa
yang sebenarnya hati kamu
telah luka tercalar-carik.
Ibu , ayah--
pedulikanlah anakanda mu
yang selalu berlari -lari
mengejar dunia dan membiarkan
diri kamu hilang dalam jiwa.
Sungguh aku mahu pulang
kedalam rangkul kalian
seperti dahulu
sumpah tidak terbohongkan, aku
mahu kembali ketempat aku dulu--
bonda ,ayahanda--
aku mahu pulang.

Comments

Popular posts from this blog

Mati