Seseorang

Harus bagaimanakah
aku mahu bilang sama seseorang.
Seseorang yang aku pilih untuk
diberi jiwa , diberi cinta.
Namun dia mencampakkan segala ke
rimba yang gelap gelita.
Aku mahu bilang
sebanyak mana kali seseorang
mencampakkan jiwa aku,
menyiatkan hati aku,
melemparkan cinta aku,
aku tetap sudi mengutip
dan membentuknya elok tertib.
Lalu , aku memangku jiwa aku,
memeluk perasaan aku dan
terus aku berdiri di situ dan
masih bersendiri menunggu .

Comments

Popular posts from this blog

kota

Teruskan

Untuk Kamu.