Puisi buat Ayahanda

Ayahanda--
Aku mungkin tidak pernah
Duduk dan berbual tentang hari-hari tuamu,
Ayah--
Aku mungkin tidak pernah membantu membuang
Duri dan kerikil dari jiwa usangmu.
Tapi--
Jauh dalam hati kering ini
Sayang aku tidak pernah pudar
Apalagi luntur.

Ayah--
Dengarkan aku bicara.
Mungkin rakan taulan itu memberi kamu senyum bergulung simpul,
Mungkin manusia-manusia itu memberikan kamu ketawa bersiul.
Tapi ayah--
Mereka tiada untuk selamanya
seperti mana aku akan hadir buat mu tiap masa.

Herdik aku kepada kamu,
Marah aku kepada hidup kamu
Kerana aku mahu melihat kamu menjadi manusia yang bergelar ‘Ayah’,
Menjadi lelaki yang cantik, elok, molek di dunia.
Biar tidak seberapa di mata mereka-mereka
Tapi cukup di mata anakanda.

Ayah--
Ampunkan aku.
Marah aku, herdik bising aku
Hanya mahu mengubah kamu,
Kerana aku anakandamu.


Comments

Popular posts from this blog

Mati