Posts

kota

malam menunjukkan bintang dan bulan terang , seperti lampu-lampu di kota jepang. hingar orang-orang seperti tiada garis antara tidur dan sedar. mungkin orang-orang itu mencari  hiburan dan kesenangan, atau  mencari rasa sayang yang dibayar wang.  bagi aku, aku hanya mahu cepat pulang, kerana kamu adalah kota untuk aku.

Untuk Kamu.

Mata merahnya itu-- kuyu. Ingin saja aku kucup bagi sisakan rona merah itu-- Biarkanlah aku merantai kata ampun pada jiwanya,-- kerana punca  luka, remuk jiwa itu adalah aku. Sungguh tiada terdusta-- ku harap engkau percaya yang aku masih cinta.

Bermuka tiada

Aku ini--  tidak suka akan bermuka-muka jika meluat aku katakan saja, jika jijik aku ludahkan saja. Jadi lekaslah manusia  berambus dan angkat kaki! kerana aku sudah terlalu jaki hingga terbelahak mahu mati. Pergi mampos aku katakan kerana aku tidak suka bertopengkan-- pergi mati aku herdikkan kerana-- Bila aku ini syaitan, ye aku syaitan.

Puisi buat Ayahanda

Ayahanda-- Aku mungkin tidak pernah Duduk dan berbual tentang hari-hari tuamu, Ayah-- Aku mungkin tidak pernah membantu membuang Duri dan kerikil dari jiwa usangmu. Tapi-- Jauh dalam hati kering ini Sayang aku tidak pernah pudar Apalagi luntur. Ayah-- Dengarkan aku bicara. Mungkin rakan taulan itu memberi kamu senyum bergulung simpul, Mungkin manusia-manusia itu memberikan kamu ketawa bersiul. Tapi ayah-- Mereka tiada untuk selamanya seperti mana aku akan hadir buat mu tiap masa. Herdik aku kepada kamu, Marah aku kepada hidup kamu Kerana aku mahu melihat kamu menjadi manusia yang bergelar ‘Ayah’, Menjadi lelaki yang cantik, elok, molek di dunia. Biar tidak seberapa di mata mereka-mereka Tapi cukup di mata anakanda. Ayah-- Ampunkan aku. Marah aku, herdik bising aku Hanya mahu mengubah kamu, Kerana aku anakandamu.

Cinta

Tahun ini-- tahun yang seperti selalu. dosa yang sama aku ulang bertalu, makanan sama yang aku hadam seperti dulu, dan-- orang itu juga yang aku cinta  tidak terluputkan dari dulu. Biarkan tahun ini seperti tahun berlalu,  Biarkan senyum bertaring itu  yang akan aku tatap selalu. Cinta tunggu-- jangan usir aku dulu, kerna aku masih rindu.

Tertakdirkan

Biarkan garis-garis pecah di telapak itu, lihat saja langkahku terjatuh mengaduh cuba untuk mengejar dan mengunci pandanganmu. Abaikan hancur luluh hati aku, tetap aku mainkan kembali pita hati, masih ku taruh cinta di setiap inci, agar aku dapat lagi memberi. Sakit , ya aku sakit. mengapa buang cintaku? kenapa sampahkan rasaku? atau.., hidup aku tertakdirkan  menari-nari sendiri dalam  bayanganmu yang sepi?

Bonda , Ayahanda

Aku teliti raut wajah itu , wajah perempuan yang pernah menumpangkan rahimnya untuk aku. aku pandang wajah sungul itu, wajah lelaki yang pernah senyum gembira memeluk jasad kecil aku. sungguh aku terlalu ingin mengucup dahi mereka, merangkul mereka. sungguh aku berkehendak memegang jiwa mereka membelai hati usang mereka. Bonda , ayahanda-- maafkan anakanda mu yang selalu mengherdik sehingga terlupa yang sebenarnya hati kamu telah luka tercalar-carik. Ibu , ayah-- pedulikanlah anakanda mu yang selalu berlari -lari mengejar dunia dan membiarkan diri kamu hilang dalam jiwa. Sungguh aku mahu pulang kedalam rangkul kalian seperti dahulu sumpah tidak terbohongkan, aku mahu kembali ketempat aku dulu-- bonda ,ayahanda-- aku mahu pulang.

Seseorang

Harus bagaimanakah aku mahu bilang sama seseorang. Seseorang yang aku pilih untuk diberi jiwa , diberi cinta. Namun dia mencampakkan segala ke rimba yang gelap gelita. Aku mahu bilang sebanyak mana kali seseorang mencampakkan jiwa aku, menyiatkan hati aku, melemparkan cinta aku, aku tetap sudi mengutip dan membentuknya elok tertib. Lalu , aku memangku jiwa aku, memeluk perasaan aku dan terus aku berdiri di situ dan masih bersendiri menunggu .
Malam itu , aku tertanya-tanyakan pada bulan. Di manakah kisah cinta kita? sewaktu erat kau pegang jiwa aku. Kau kata jiwa ini yang engkau akan bawa selalu. Lalu aku persoalkan pada bintang. Di manakah cerita cerita dongeng engkau dulu? sewaktu engkau genggam tangan aku. Kau kata cinta engkau hanya satu . Tapi , apa yang tinggal malam ini hanya aku bersama cinta aku yang engkau injakkan , bersama cinta palsu yang akan aku semadikan bersama jiwa yang dihenyak-lanyakkan.

Aku

Malam terus panjang seperti langkahku menapak telanjang . Bulan terang temani malam seperti hati hampa ditemani gumam. Diri masih aku. Aku yang masih memasang tali di setiap pelipat , untuk terus berboneka didepan mu. Aku yang masih mengukir segaris bibir , untuk membentuk senyuman di matamu. Lalu bermonologlah aku , " sampai bila mahu batin memekik terlolong minta dilelong? " sampai bila hati mahu lohong , bolong lagi kosong? Terkandus aku dijalan buntu. Tidak aku terketagihkan cinta apatah lagi rindu . Yang aku tersangatkan mahu ialah lolos dari neraka kamu.
Hey kamu,, ya kamu. Kesini,,, aku mahu beritahu. Aku tiada sama seperti lain, seperti gegadis lain. yang singkap saja hijab mata , nampak ayu jelita. yang bila buka kata saja , sudah berbau syurga. ampun..,kerna aku hanya gadis berdosa yang mahu cuba bercinta. kemari lagi,,,aku belum habis kata. Jangan kau penah lupa lagi leka. Pasakkan dalam kepalamu hey durjana . Aku ada hati , sama seperti gegadis itu. Aku juga punya sayang kasih, yang kau pernah campak tepi dulu. Aku juga punya harga , yang telah engkau lelongkan pada hutan belantara. Tapi,,, apa daya?,,. Aku masih dungu untuk terus mencuba. Apakah engkau terlalu lurus untuk mengerti ?, atau hanya aku yang bodoh di kencing dalam realiti? kenapalah dalam besarnya dunia ,, terluasnya nyata  mesti engkau yang aku suka ? kenapalah dalam berjuta manusia,, dalam beramai hamba, mesti aku yang engkau buang  tanpa mencuba? satu hari kalau engkau merasa terbuan...
hidup dunia , adat manusia, selagi ada bicara , selagi itu di perkata. aku teralu lali, terlalu tuli, selagi kamu bisa memaki, silakan , aku tidak peduli. satu hari mati , tetap sendiri. apa perlu aku sudi ? berkelompok? bersatu hati? maut hadir , aku tetap sendiri melawan perit mati, tujuh kaki dalam , tetap sendiri , ditemani dua malaikat menanti. aku sudah terlalu lali, sudah terlalu tuli, maka perkatakan semua, aku tetap begini , mempersetankan sehingga mati. Terima kasih manusia. atas hadirnya kamu mengajar erti kosongnya jiwa, rabaknya minda, kuatnya raksa. Maka muncullah aku, syaitan dari neraka.

Malam Ini

Malam ini tenang , setenang air mata yang mengalir. Malam ini kosong , sekosong jiwa yang rapuh. Malam ini aku ngerti. harta lumayan  telah aku gadaikan . Segala rindu , cinta , sayang  yang aku taruhkan  hilang. hilang di bawa pekat malam . sekarang , yang tinggal hanya raksa kosong  yang terus bermain , bermain hingga lelah . lalu mati .

Sampai Bila ?

Bikin apa engku bermain dengan hati , Sedangkan engkau sudah lama mengerti  Apa guna kau membelai harapan  , Ternyata jelas dia hulur kepalsuan. Sampai kapan harus kau tikam lelah hati , Ingatkan ini semua mimpi ngeri , Sedangkan bila terjaga siang hari Hati kau sudah lama mati . sampai bila harus engkau robek hati sendiri ?

BinaSia (BINAtang+manuSIA)

Tuhan ciptakan manusia  berpasangan , berdua . Maka , mengapa engkau hadirkan orang ketiga ? Tuhan anugerahkan cinta pada manusia  agar manusia setia . Tapi , kenapa engkau membelot percaya ? Tuhan campakkan kejujuran agar manusia  hidup berdamai . Tapi , kenapa engkau masih berdusta? Golongan engkaulah punca dunia terbalik neraka, punca manusia saling tidak percaya, punca manusia hilang akalnya, terlihatkan buasnya . Selamat datang ke dunia BinaSia.

....i

Ye , aku dah lali . Benar, aku dah biar pergi . Bukan sebab aku tawar hati , Tapi aku sudah penat tarik tali . Biar engkau puas , ye aku sudah tiada hati Jadi engkau boleh angkat kaki , pergi mati .

Fasa ke-tiga

Detik aku dilepaskan dari rangkulan ibu ayah , baru aku sedar apa itu dunia. Saat aku berjalan di atas realitinya hidup , baru aku belajar jenis setiap manusia. Jika digaul adukan setiap rasa Ini rasanya kembara dewasa. Ini rasanya realiti dunia. Ini rasanya perasaan manusia. Selamat jaya di alam dewasa , Selamat hidup dalam fasa ke-tiga.

Beza.

 Tidak semua manusia paham manusia. Bukan semua hamba paham hamba. Tidak segala ciptaan paham ciptaan. Tuhan hasilkan kita semua berbeza . Jadi , usah engkau menyalak jika manusia memandang aneh . Jadi , jangan engkau celakakan jika hamba bebisik tanya. Sebab kita beza. Adat setiap manusia dan hamba , berkata bende yang beza.

03:13

Adakah aku bisa mengarang lagi ?. Adakah aku dibenarkan bernukilan lagi?. Adakah aku masih diizin Tuhan untuk persembahkan kata-kata lagi?. Aku pinta , agar aku terus diizinkan. Aku pohon , agar sentiasa dibenarkan. Bukan aku mahu disembah kerana kata . Bukan aku mahu dijulang kerana bahasa. Jauh pula aku mahu disebut kerana usaha . Aku hanya mahu menjadi Seorang penyajak hamba. Hamba kepada jiwa. Jiwa kepada gila.

Malam ini

Malam ini , jasad aku sejuk . Malam ini , hati aku beku . Malam ini , angin dingin aku selubungkan. Malam ini , aku tahu aku kalah. Malam ini , aku tahu aku rapuh Aku retak , patah , koyak , hancur , derai  , kecai. Aku kutip setiap sial. Aku pungut setiap celaka. Malam ini , aku tahu aku keluar dari hati kau.